Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu, kedua-dua mangsa mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian berlaku berpunca apabila pemandu kereta yang juga seorang warga emas berusia 78 tahun secara tiba-tiba tertekan pedal minyak.

Menurutnya, wanita itu hilang kawalan lalu merempuh pintu masuk sebuab bank di taman terbabit.

"Akibat rempuhan itu, seorang pengawal keselamatan dan orang awam cedera terkena serpihan kaca yang pecah.

"Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan," katanya.

Beng Yeow berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. - UTUSAN ONLINE