Mayat mangsa, Azmi Jamalidin, 60, ditemukan oleh anak perempuannya berusia berusia 18 tahun dalam keadaan terbaring dengan mulut dan hidung berdarah kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa dipercayai maut akibat dihempap kelapa ketika mengait buah tersebut menggunakan galah sepanjang kira-kira 9 meter di belakang rumahnya.

"Anak mangsa telah menghubungi Klinik Kesihatan Lui Muda untuk mendapatkan bantuan namun seorang petugas perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan dia telah meninggal dunia," katanya di sini hari ini.

Noorzainy berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jempol di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah. - UTUSAN ONLINE