Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Abang Othman Bin Abang Saboh, 70, merupakan pekerja am maut di tempat kejadian setelah parah digilis tayar kiri belakang lori.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, lori tersebut datang dari Beladin yang dipandu bosnya ke arah Sarikei telah kehabisan minyak sebelum mereka menunggu bantuan sampai.

Katanya, kemudian seorang lagi pekerja am yang merupakan anak buah mangsa sampai dengan kenderaan lain untuk mengisi minyak namun lori itu masih tidak dapat dihidupkan.

"Bosnya kemudian mengarahkan pekerja am itu mengawal steering manakala dia menolak lori itu untuk menuruni bukit dari depan dan mangsa mengawal kenderaan datang di belakang.

"Malangnya, semasa bos mereka menolak lori itu, mangsa digilis lantas meninggal dunia," katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Tambah Alexson, kejadian itu yang berlaku sekelip mata disaksikan seorang pengawal bendera yang baharu tiba di tapak projek itu .

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya. - UTUSAN ONLINE