Jurucakap bomba berkata, dalam insiden kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Nuli Sulang, 27, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, anak mangsa, Alexsion Madeng pula mengalami kecederaan dan berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang melalui tempat kemalangan untuk dihantar mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Selangau.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Bezza dipandu wanita itu hilang kawalan secara lalu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian, mendapati mayat mangsa tercampak keluar dari kenderaan kira-kira 3 meter”, katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Beliau berkata, pihak bomba menggunakan pengusung untuk membawa mayat wanita itu dari gaung ke atas jalan raya.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut selepas disahkan sudah meninggal dunia oleh paramedik ambulans. - UTUSAN ONLINE