Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, wanita berusia 39 tahun itu datang ke Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng pada pukul 4.45 petang tadi.

Menurutnya, anggota bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong cincin yang tersangkut menggunakan peralatan khas.

"Operasi memotong cincin berjalan lancar dan jari wanita itu hanya bengkak sedikit tanpa sebarang kecederaan lain," katanya. - UTUSAN ONLINE