Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.51 tengah hari sebelum mengejarkan sebanyak lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat ke lokasi kejadian.

Menurut Ketua Operasi, Mohd. Anuar Khalid, pihaknya tiba di tempat kejadian pada pukul 12.33 tengah hari dan mendapati sebuah kereta BMW telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum tersepit pada bahagian tiang papan tanda penunjuk arah.

“Kereta tersebut dinaiki empat orang, tiga daripadanya merupakan lelaki dan mengalami cedera ringan manakala mangsa wanita tersepit di bahagian hadapan serta dipercayai mengalami cedera parah.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE