Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kemalangan pada pukul 9.47 pagi itu berlaku setelah kereta yang dinaiki pasangan suami isteri itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Katanya, mangsa lelaki yang berusia 54 tahun mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri manakala isterinya berusia 48 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Menurut saksi kejadian, kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa itu dilihat hilang kawalan sebelum berpusing dan melanggar pembahagi jalan.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari kenderaan segera dijalankan dengan rawatan awal diberikan kepada mangsa yang cedera dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tinjakan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE