Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu ialah Mek Nab Zakaria, 58, yang memandu kereta jenis Proton Persona.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, nahas berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Persona bersama dua penumpang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki bersama tiga penumpang dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Proton Persona.

“Pertembungan itu mengakibatkan seorang mangsa iaitu pemandu kereta Proton Persona meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima orang mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zundin, mayat Mek Nab dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama. - UTUSAN ONLINE