Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu menyebabkan Samsiah Abdullah, 54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

"Semasa kejadian, mangsa dipercayai melintas jalan dari sebuah warung sebelum dirempuh seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke arah Masjid Jengka 8," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE