Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 8.08 pagi melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan dua buah motosikal.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa Hashimah Chin, 60, terperosok di bawah kereta dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. - UTUSAN ONLINE