Mangsa, Nooraliza Idris, 26, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mangsa merupakan jururawat di sebuah pusat dialisis swasta di Rawang dan sedang hamil anak kedua.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, motosikal ditunggangi mangsa bertembung dengan lori yang membuat pusingan-u selepas kenderaan berat tersebut memasuki jalan dilalui wanita malang terbabit.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini. -UTUSAN ONLINE