Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, pihaknya mendapat maklumat bahawa mangsa, Tan Fung Chu, 35, dari Sabah telah terjatuh kira-kira pukul 6 petang semalam.

Katanya, pihak bomba mendapat maklumat pada malam tadi dan bantuan udara tidak dapat dihantar ketika itu.

“Pada pukul 8 pagi tadi, unit udara bomba dari Pangkalan Operasi Udara Miri telah bertolak bagi memberi bantuan pemindahan perubatan (MEDEVAC) yang mana keadaan mangsa tidak dapat bergerak.

“Mangsa berjaya dinaikkan ke atas helikopter dengan menggunakan teknik ‘winching’ meskipun dilakukan dalam cuaca berkabus dan awan tebal di lokasi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Poh Kiong berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.

“Mereka dijangka bertolak pukul 9.30 pagi dan tiba pukul 10.05 pagi tadi,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE