Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk kes tersebut, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Shukri Ahmad Husaini berkata, mayat Anis Shahtirah Saad, 12, ditemukan oleh orang awam berhampiran Restoran Kak Yan, Ulu Melaka.

“Jasad Anis Shahtirah ditemukan kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

“Difahamkan mayat mangsa ditemukan tersangkut pada rimbunan pokok buluh,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE