Difahamkan kehilangan pasangan yang juga pekerja binaan itu disedari penyelia apabila mereka gagal melaporkan diri selepas kejadian pagi tadi.

Pasangan tersebut dipercayai kali terakhir dilihat malam sebelum kejadian dan sehingga kini usaha mengesan serta menghubungi mereka gagal.

Sementara itu, seorang daripada tiga mangsa iaitu lelaki warga Bangladesh yang terperangkap dalam kejadian itu berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 8 pagi.

Mangsa kini dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati pihak polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengumpul maklumat berhubung pasangan itu.

 

 

Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM tiba kira-kira pukul 12.20 tengah hari serta operasi mencari dan menyelamat akan dijalankan.-UTUSAN ONLINE