Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Tabung derma untuk waris pelajar tahfiz

 Suasana sedih dan pilu... Antara pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujun
SUASANA sedih dan pilu... Antara pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang hadir di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

KUALA LUMPUR 14 Sept.- Wanita UMNO melancarkan Tabung Darul Quran Ittifaqiyah bagi membantu waris insiden kebakaran yang berlaku di pusat pengajian itu awal pagi tadi.

Ketuanya, Tan Sri Sharizat Abdul Jalil berkata, buat permulaan pihaknya akan menyumbangkan RM5,000 kepada tabung itu dan kutipan akan dibuat secara berperingkat.

“Kutipan derma akan dibuat kepada semua wanita Umno di seluruh negara dan kita mengharapkan bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan mereka,” ujarnya selepas mengadakan lawatan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini hari ini.

Dalam kejadian malang, kira-kira 24 mangsa termasuk dua guru dipercayai maut dan kejadian kebakaran didapati berlaku di tingkat dua bangunan tersebut dan api dapat dikawal pada pukul 6.15 pagi sebelum padam sepenuhnya pada pukul 6.45 pagi.

Malah, difahamkan kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan dan kira-kira 24 mayat telah dikeluarkan manakala tujuh lagi yang terselamat cedera. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain