Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, siasatan juga dilakukan mengenai jenis bahan kimia yang dibuang semalam itu.

"Kita berharap dapat mengenal pasti dari mana punca pembuangan sisa kimia itu. Setakat ini pihak JAS dan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) belum memaklumkan jenis sisa buangan.

"Kalau kita tahu siapa yg membuangnya, kita boleh dakwa di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana denda maksimum RM500,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Terdahulu ,seramai 1,400 pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih diarahkan pulang ke rumah selepas seorang pelajar didapati pengsan manakaka beberapa yang lain muntah-muntah.

Sebanyak 28 mangsa dikenal pasti menjadi mangsa pencemaran gas kimia itu dengan 20 orang dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru, enam ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang manakala dua lagi di Hospital Penawar.

Berikutan itu seramai 17 anggota termasuk daripada unit hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dikejarkan ke tempat kejadian.

Difahamkan terdapat lebih 400 kilang melibatkan industri berat dan ringan berada dalam daerah ini yang merupakan kawasan industri terbesar di negara ini. - UTUSAN ONLINE