Video oleh AZLAN HADI ABU BAKAR

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 3.39 petang.

"Kebakaran hanya melibatkan sedikit bahagian dapur dan juga kipas ekzos yang terletak di bangunan tersebut.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak forensik masih menjalankan siasatan di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE