Bagaimanapun tiada mangsa cedera atau maut dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 9.30 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku apabila pemandu lori hilang kawalan lalu merempuh tujuh kereta yang berada di hadapannya.

“Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu pada mulanya merempuh sebuah kereta Perodua Myvi mengakibatkan kereta itu terlajak ke hadapan seterusnya merempuh enam lagi kereta di hadapannya.

“Kejadian ini turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sehingga proses pengalihan kenderaan terlibat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE