Di dalam klip video itu yang dipercayai diambil oleh penumpang feri lain kelihatan mangsa sedang terkapai-kapai di dalam laut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, penumpang yang masih belum dikenalpasti identitinya dikatakan terjatuh di 0.8 batu nautika Barat Laut berhampiran Terminal Feri Butterworth.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa telah digerakkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pasukan polis. – UTUSAN ONLINE