Video MEDIA SOSIAL

Bagaimanapun, pemandu Perodua Viva berwarna putih itu yang berusia 39 tahun terselamat dan hanya cedera ringan.

Kenderaan tersebut, bagaimanapun, musnah 95 peratus.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Zaidi Tumiran @ Amir berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.37 petang sebelum operasi memadam kebakaran itu tamat sepenuhnya pada 5.15 petang.

"Sejurus menerima maklumat kita menggerakkan sebuah jentera dengan kekuatan seorang pegawai serta enam anggota dan apabila sampai di lokasi, mangsa sudah berjaya keluar daripada kenderaan tersebut," katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mangsa yang dilihat masih trauma dengan kejadian itu dihantar ke Hospital Kluang dengan menaiki ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Beliau berkata, siasatan berhubung kejadian itu masih giat dijalankan. - UTUSAN ONLINE