Video MEDIA SOSIAL

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, kejadian berlaku pukul 12 tengah hari ketika mangsa, Janiss Yeoh Zi Xuan turun dari van berkenaan untuk melintas jalan ke rumah neneknya.

“Selepas kemalangan itu, mangsa telah dibawa ke klinik berhampiran oleh pemandu van dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini kerana kecederaan parah.

“Selepas kira-kira satu jam menerima rawatan, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE