Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Bas ekspres terbakar, 36 penumpang selamat

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah bas dua tingkat di hadapan sebuah restoran di Kilometer 4, 2
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah bas dua tingkat di hadapan sebuah restoran di Kilometer 4, Jalan Gerik-Kupang di Gerik hari ini.

GERIK 19 Mei -  Sebuah bas ekspres dua tingkat  terbakar secara tiba-tiba ketika berhenti di hadapan sebuah restoran di Kilometer 4, Jalan Gerik-Kupang di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku ketika kesemua 36 penumpang yang dalam perjalanan dari Besut, Terengganu ke Lumut telah turun dari bas dan berhenti makan di restoran berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Zainal Abidin Abd Ghani berkata, kejadian itu disedari pemandu bas setelah terlihat asap dari bahagian tayar hadapan bas sebelum api menyambar kenderaan itu.

Katanya, pemandu bas berusia 51 tahun itu cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api namun gagal apabila api merebak dengan cepat.

"Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2 petang. Struktur bas serta bahan mudah terbakar yang terdapat dalam kenderaan itu menyebabkan  api mudah merebak.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Namun polis belum menerima aduan kejadian tersebut," katanya.  - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain