Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 12.12 tengah hari.

“Sebanyak 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan BBP Keramat dengan diketuai Azrin Noor Ahmad dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kita dapati terdapat dua lelaki berusia lingkungan 30-an terperangkap di dalam gondola yang dipercayai mengalami masalah teknikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dari Unit Penyelamat di Kawasan Tinggi (HRRT) pada pukul 2.37 petang tanpa sebarang kecederaan. - UTUSAN ONLINE