KUALA LUMPUR 29 Dis. - Sebanyak 15 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Lorong Raja Muda Musa 5, Kampung Baru di sini hari ini.
Kebakaran dipercayai bermula kira-kira pukul 9.30 pagi.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada pukul 9.39 pagi.
“Seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Jalan Tun Razak, Hang Tuah, Keramat dan Bandar Tun Razak dihantar ke lokasi kejadian,” katanya.
Difahamkan, pasukan bomba telah berjaya memadamkan kebakaran tersebut. - UTUSAN ONLINE