Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, empat pekerja kilang yang lain turut cedera manakala pemandu van tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, siasatan awal mendapati van pekerja itu terbabas sendiri ke bahu jalan tanpa melibatkan kenderaan lain.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa yang meninggal dunia didapati berada di bawah van itu manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital oleh orang awam dan ambulans,” kataya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE