Pegawai APM Daerah Pontian, Kapten (PA) Mohd. Noorhafidzul Nordin berkata, ular sepanjang lima meter yang berada di tepi sungai besar berjaya ditangkap oleh anggotanya dengan dibantu penduduk kampung.

Menurut beliau, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membawa naik ular tersebut ke atas tebing sungai dan bertindak aggresif ketika cuba ditangkap dengan menggunakan jerut.

“Sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung pada pukul 9.25 pagi satu pasukan telah dihantar ke Jalan Damai 8, Kampung Pak Kalib, Jalan Sawah, Pekan Nanas,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Mohd. Noorhafidzul, ular tersebut dibawa pulang ke pejabat APM daerah untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor. - UTUSAN ONLINE