Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 5 pagi dan mengarahkan sebuah jentera dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa ke lokasi.

“Setiba anggota di lokasi didapati benar berlaku kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Honda BRV dan kereta Perodua Kelisa.

“Didapati tujuh mangsa terlibat antaranya membabitkan tiga mangsa menaiki Honda BRV yang mana seorang wanita cedera parah dan dua lelaki cedera ringan dan empat mangsa menaiki Kelisa yang mana dua lelaki cedera parah dan dua lagi cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kesemua mangsa diserahkan kepada anggota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut.

“Pihak bomba menghantar sebuah jentera ‘Light Fire Rescue Tender’ (LFRT) dari BBP Titiwangsa yang di ketuai Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Saiful Afendy Zaki bersama kekuatan lima anggota,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE