Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, treler dipandu lelaki berusia 40 tahun tersebut dalam perjalanan dari arah Pajam ke Nilai memasuki laluan bertentangan lalu merempuh 12 kenderaan lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar, ujian saringan air kencing akan dilakukan ke atas pemandu treler itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kenderaan yang dirempuh treler itu ialah sebuah kereta Proton Waja, Perodua Kancil, Perodua Myvi, Honda City, Toyota Alphard, Proton Exora, Nissan Almera, sebuah lori Nissan, sebuah motosikal Modenas dan dua kereta Proton Saga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Mohd. Nor Marzukee berkata, kejadian itu menyebabkan pemandu treler cedera di tangan kanan.

Ujarnya, dalam kemalangan itu, pemandu Perodua Kancil, Muhammad Faeez Baharuddin, 24, patah kaki kanan, manakala pemandu Proton Exora dan pemandu lori Nissan cedera ringan. - UTUSAN ONLINE