Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiga rumah terjejas tanah runtuh

RUMAH TANAH RUNTUH 2
TANAH runtuh sehingga menjejaskan tiga buah rumah di Sri Gombak Town Villa, Taman Sri Gombak di sini.-UTUSAN

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Hujan lebat yang melanda ibu negara sejak pukul 3 petang tadi mengakibatkan kejadian tanah runtuh sehingga menjejaskan tiga buah rumah di Sri Gombak Town Villa, Taman Sri Gombak di sini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 3.56 petang sebelum jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Gombak tiba di lokasi tidak lama kemudian.


Menurutnya, terdapat runtuhan tebing sehingga 80 darjah dan ketinggian 40 kaki di bahagian belakang tiga buah rumah berkenaan serta dikhuatiri tidak selamat untuk diduduki.


“Ekoran itu, anggota bomba telah mengarahkan semua penghuni tiga buah rumah tersebut untuk mengosongkan bangunan dan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak berwajib. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain