Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi.

Ujarnya, susulan laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba Kajang telah dikejarkan ke lokasi kejadian,

“Setiba sahaja di tempat kejadian, anggota terbabit mendapati api sedang marak membakar tiga mesin ATM yang terdapat di dalam premis tersebut.

“Kesemua mesin ATM terbabit musnah 100 peratus dan satu aliran hose digunakan bagi memadamkan kebakaran terbabit,” katanya di sini hari ini.

Tambah jurucakap bomba, setelah memastikan keadaan selamat, pihaknya telah bertolak pulang dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran itu berlaku,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE