Menurut  Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kemalangan tersebut pada pukul  7.45 pagi tadi.

Katanya, dipercayai 4x4 berkenaan dari arah Bintulu menghala ke Sibu manakala treler dari arah Sibu menghala ke Bintulu.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu seramai 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 30 kilometer (km).

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat mangsa terperangkap dalam 4x4 terlibat. Tindakan diambil bagi mengeluarkan mangsa yang mana tiga daripada empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis mankala seorang lagi mangsa mengalami cedera parah dihantar ke Hospital Bintulu menggunakan ambulans.-UTUSAN ONLINE