Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta JPJ Timbang Lori di sini, terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sepasukan

pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dihantar ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.36 pagi.

Katanya, semasa pihaknya tiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran membabitkan tiga kenderaan JPJ iaitu dua jenis Toyota Fortuner dan satu Ford Ranger serta dua buah kenderaan awam jenis Volvo.

"Operasi memadamkan kebakaran itu segera dijalankan sebelum mendapati tiga buah kenderaan JPJ itu musnah terbakar 90 peratus manakala dua buah kenderaan lain pula 70 peratus terbakar.

"Operasi yang tamat pada pukul 3.46 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran," katanya. - UTUSAN ONLINE