Ketua Polis Daerah Kudat, Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, tiga beranak itu dikenal pasti Sagandal Soborong, 59, isterinya Talina Gunsidat, 59, dan anak perempuan mereka Racy, 19, yang berasal dari Kampung Tambuluran, di sini.

Beliau berkata, ketika kejadian keluarga itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Matunggong dan mayat dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat.

“Dalam kejadian 8.27 malam itu, kereta mangsa jenis Proton Saga dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dari arah Kudat menuju ke Kota Kinabalu.

“Tempat kejadian merupakan puncak bukit, keadaan jalan raya dari kedua-dua arah Kudat-Kota Kinabalu lurus berturap (tetapi) kawasan jalan gelap dan tidak berlampu,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama, hari ini. - BERNAMA