Kejadian kira-kira pukul 1.56 petang itu menyebabkan Raja Mohd. Zaki Raja Ibrahim, 44, patah kedua-kedua belah paha dan tangan kiri.

Anaknya, Raja Nur Iwani, 11, dan Raja Mohamad Rais, 8, patah paha kiri.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pertembungan di antara skuter jenis Yamaha Ego dan kereta tersebut dari arah bertentangan menyebabkan tiga beranak itu terpelanting ke bawah jambatan.

Menurutnya, pemandu kereta Proton Wira, Mohd. Khairulnizam Abd. Rahman, 31, tidak mengalami kecederaan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Zawawi Salleh berkata, seramai lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membawa mangsa keluar dari gaung tersebut. - UTUSAN ONLINE