Jiran mangsa, Norazila Saad,34, berkata, kali terakhir dia melihat pasangan suami isteri itu semalam.

Ujarnya, isteri mangsa, Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, sempat memintanya untuk membuat pulut nasi untuk dimakan bersama ikan masin dan kelapa.

“Pasangan terbabit telah menyewa di sini sejak Disember lalu dan mereka akan menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

“Ketika kejadian, saya dan suami berada di luar dan hanya anak lelaki kami ditinggalkan membantu suami Wan Hasheliza membersihkan kawasan rumah sewa mereka,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norazila memberitahu, dia terkejut menerima panggilan berhubung kejadian selepas anaknya memaklumkan mengenainya.

“Pasangan tersebut sepatutnya pulang ke kampung di Kelantan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha di samping menunggu kelahiran anak mereka,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE