Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tidak sempat ambil ubat di Klinik 1Malaysia

Pasangan suami isteri patah kaki

Kemalangan suami isteri 3
MOHAMMED Taib Abbas dan isterinya, Jamaliah Raban dibantu pengguna jalan raya lain selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lama Kuala Selangor - Sabak Bernam pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

SABAK BERNAM 19 Mei - Sepasang suami isteri patah kaki kiri selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan di Jalan Lama Kuala Selangor - Sabak Bernam di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi, apabila mangsa, Mohammed Taib Abbas, 77, dan isterinya, Jamaliah Raban, 71, dalam perjalanan menuju ke Klinik 1Malaysia (K1M) Sungai Besar bagi mendapatkan ubat alahan.

Menurut anak mangsa, Agus Salim, 36, ibu dan ayahnya dalam perjalanan ke klinik tersebut dari rumah mereka di Parit 5 Barat untuk mendapatkan bekalan ubat dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda.

Bagaimanapun, katanya, setibanya di simpang tiga Taman Padu Permai, motosikal dinaiki mereka telah bertembung sebuah motosikal lain yang datang dari arah bertentangan sehingga mengakibatkan kedua orang tuanya terjatuh.

“Akibatnya, pergelangan kaki kiri mereka patah dan ibu pula patah di bahagian tulang keting kaki kirinya.

“Pada awalnya, mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Teluk Intan, Perak bagi menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah, keadaan mereka dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan pagi tadi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati, motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu dirempuh oleh sebuah motosikal lain yang dalam perjalanan dari Sabak Bernam di simpang tiga Taman Padu Permai.

“Bagaimanapun, penunggang motosikal yang merempuh pasangan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain