Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pegawai polis dari Perancis yang memantau bedah siasat oleh sekumpulan pakar patologi tempatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) semalam berpuas hati dengan keputusan tersebut.

"Pegawai perhubungan polis berkenaan sangat berpuas hati dengan kerja pakar patologi terlibat.

"Berikutan itu, tidak ada permintaan daripada Ireland untuk melakukan bedah siasat kedua terhadap mayat remaja itu yang merupakan rakyat negara berkenaan," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media asing yang memetik sumber sebagai berkata, Ireland mahu melakukan bedah siasat kedua selepas pengumuman polis hari ini bahawa tiada unsur jenayah dalam kematian Nora Anne.

- UTUSAN ONLINE