Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.15 malam itu, kereta jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki tiba-tiba merempuh pintu depan bank berkenaan menyebabkan pintu kacanya pecah.

Ketua Polis daerah, Superin­tenden Md. Asri A. Wahab berkata, kejadian berlaku apabila pemandu berusia 45 tabun itu secara tiba-tiba tertekan pedal minyak.

Menurutnya, lelaki tersebut dalam perjalanan dari Klang ke Pasir Panjang, Sekinchan sebelum dia singgah ke bank itu untuk mengeluarkan duit.

“Pemandu itu merupakan seorang daripada pelanggan yang berurusan di bank tersebut dan selepas mengeluarkan wang dia kembali ke keretanya yang dile­takkan di hadapan bank terbabit.

“Tetapi, sebaik sahaja mema­suki kereta, pemandu itu tertekan pedal minyak menyebabkan keretanya meluru ke hadapan lalu merempuh pintu utama bank itu," katanya.

Jelas Md. Asri, akibat rempuhan itu pintu hadapan bank terbabit pecah dan kereta lelaki tersebut juga mengalami beberapa kerosakan tetapi tiada kece­deraan dilaporkan.