Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 11.40 tengah hari sebelum mengejarkan 15 pegawai dan anggota diketuai Komander Operasi, Zainal Elias Abdul Aziz dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kita dapati kaki kanan mangsa, Ignasius Igo, 30, tersepit di dalam mesin tersebut sehingga paras peha.

“Kita terpaksa menggunakan peralatan khas ‘cutter’ dan ‘spreader’ bagi mengeluarkan kaki mangsa sebelum menyerahkannya kepada ambulans dan dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE