Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.32 pagi ketika penghuni rumah terbabit sedang tidur.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.35 pagi dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebanyak 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikerahkan bagi operasi memadam kebakaran.

“Ketika pihak bomba tiba, kita mendapati ruang tamu sebuah rumah terbakar dipercayai berpunca daripada peralatan sembahyang yang diletakkan atas tempat ibadat mereka.

“Bagaimanapun, kesemua penghuni rumah tersebut berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE