Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tanah runtuh di Bukit Song, Lambir

Runtuh
Sebahagian jalan terpaksa ditutup selepas berlaku tanah runtuh di Kilometer 22, Jalan Bukit Song, Lambir di Miri petang in.-Foto/Ihsan bomba

MIRI 18 Mei - Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu telah mengakibatkan berlaku tanah runtuh di Kilometer 22, Jalan Bukit Song, Lambir di sini hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3.33 petang.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima laporan insiden berkenaan, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dihantar ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

"Tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati berlakunya runtuhan tanah pada  laluan sebelah kiri dari arah Miri menuju ke Bintulu.

"Anggota polis turut berada di lokasi kejadian untuk mengawal lalu lintas  sambil menunggu ketibaan pihak Lebuhraya Borneo Utara (LBU) bagi membersihkan runtuhan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Runtuh

Menurut Poh Kiong, setakat pukul 6 petang tadi, hanya satu lorong dapat dilalui oleh kenderaan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pergerakan lalu lintas di situ agak perlahan.

"Namum, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat tanah runtuh berkenaan setakat ini.

"Kita menasihatkan agar pengguna jalan raya agar menggunakan laluan alternatif iaitu jalan pesisir Miri-Bintulu untuk ke destinasi masing-masing," katanya. -UTUSAN ONLINE 

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain