Setiausaha Gagasan Prihatin Semenyih (GPS), Hamdan Abu berkata, hujan lebat dalam tempoh kira-kira sejam itu menyebabkan berlaku limpahan air dalam kolam tadahan banjir sehingga ke paras lutut.

“Kejadian ini berlaku pada pukul 6 petang semalam dan empat keluarga berkenaan terpaksa berpindah dengan inisiatif sendiri.

“Sehingga kini air masih tidak surut dan gagal mengalir dipercayai berpunca daripada saluran longkang tidak berfungsi dengan sempurna,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini. - UTUSAN ONLINE