Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, penunggang motosikal berkenaan, Tan Chai Guan, 65, dan isterinya, Kok Ying Hong, 56, mengalami kecederaan parah di bahagian kaki serta paha akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori berkenaan mendengar satu dentuman kuat dari arah bawah lori yang dipandunya.

“Setelah berhenti pemandu lori mendapati sebuah motosikal sedang terbakar di bahagian bawah belakang lorinya.

“Penunggang dan pembonceng motosikal dipercayai telah digilis dan heret sebelum motosikal yang mereka naiki terbakar,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nik Ros Azhan, kedua-dua mangsa di bawa ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE