Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, Wan Jusoh Wan Sudin, 68, dan isterinya, Rokiah Hamid, 65, dari Kampung Padang, Permaisuri di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Zulkifli Mat Deris berkata, mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil dikatakan dalam perjalanan ke Permaisuri dari arah Kota Bharu.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, kenderaan dipandu Wan Jusoh tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Toyota  Camry dipandu Na Boon Hong, 26.

“Akibat kemalangan itu pasangan suami isteri berkenaan maut di lokasi kejadian manakala Boon Hong yang berasal dari Ledang, Johor mengalami luka pada kepala dan penumpang, Marcus Chua Cong Xian, 21, tidak cedera,” katanya dalam kanyataan.

 

Mayat pasangan suami isteri itu kemudian dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE