Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa, Ghazali Seman, 71, dan Siti Fatimah Hamzah, 70, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Dzulkifli Ab Ghani berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu kereta jenis Daihatsu Charade datang dari arah Machang menghala ke Kota Bharu dan membuat pusingan u sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan.

"Akibat pertembungan itu ,kereta yang dinaiki suami isteri berkenaan terbakar. Bagaimanapun, mereka sempat dikeluarkan," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudia dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

"Kes  disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -UTUSAN ONLINE