Kejadian pada kira-kira pukul 7 pl malam yang disedari warden lelaki sekolah tersebut mengakibatkan bilik stor itu mengalami kerosakan sebanyak 20 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd. Subri Hussin berkata, kebakaran melibatkan bilik stor yang terletak di tingkat satu itu menempatkan tilam, almari dan beberapa barangan asrama.

Katanya, seramai 22 anggota dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.30 malam dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu kerana bilik tersebut hanya menempatkan perabot lama dan tilam.

"Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan pihak sekolah telah diminta untuk mengosongkan bangunan sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya. - UTUSAN ONLINE