Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.24 petang.

"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya telah dikerah ke lokasi kejadian di tingkat bawah bangunan pusat beli-belah tersebut.

"Api berjaya dipadamkan kira-kira pukul 5.53 petang dengan bantuan sistem pemadam api bangunan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dan punca kejadian sedang disiasat. - UTUSAN ONLINE