Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat berjaya mengawal kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu daripada merebak memusnahkan dua buah rumah berdekatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba Saifuddin Muhammad berkata, sebuah jentera bersama 12 anggota yang dibantu Unit EMRS dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pukul 8.09 pagI.

“Kita juga dapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Paka dengan kekuatan sebuah jentera bersama enam anggota,” jelasnya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kejadian disedari penduduk kawasan itu setelah ternampak asap tebal dari stor berkenaan sebelum bertindak menghubungi bomba.

Katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati kebakaran marak cepat dan telah memusnahkan keseluruhan stor yang diperbuat daripada kayu itu.

“Kami tak hadapi sebarang masalah dalam operasi pemadaman dan berjaya menyelamatkan dua buah rumah yang terletak berdekatan.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran pada pukul 8.59 dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE