Difahamkan, lelaki itu terjatuh ketika sedang melakukan kerja baik pulih pendawaian elektrik di ruang lobi hotel berkenaan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.40 pagi dan pemeriksaan awal mendapati runtuhan melibatkan bahagian siling di lobi hotel berkenaan.

“Akibat insiden tersebut, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelasnya, sebanyak 26 anggota di kerah ke lokasi kejadian dari tiga balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hang Tuah dan Seputeh. - UTUSAN ONLINE