Insiden tersebut dipercayai berlaku selapas pacuan empat roda itu merempuh bahagian belakang sebuah treler dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, sebanyak 10 anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Zainal Ali segera ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.04 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, operasi menyelamat dilakukan dan pihak bomba berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Papar, di sini untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE